NOTIS BOARD

26 Jun 2013

Hari Terbuka 2013


 
Pada 26 Jun 2013, SK Saint Joseph telah mengadakan Hari Terbuka bagi membolehkan para ibu bapa berkunjung ke sekolah untuk berbincang dengan guru kelas  tentang prestasi semasa anak mereka. Pelbagai gerai dan jualan diadakan untuk menarik pengunjung semasa hari ini.
 





















 


16 Jun 2013

Program Immersion

 
Pada 16 - 19 Jun 2013, tiga orang murid SK St Joseph telah terpilih untuk mengikuti Program Immersion anjuran PPD Johor Bahru dan PPD Kerian. Program Immersion ini melibatkan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru yang berada pada tahap Band 1 yang berpotensi untuk dicalonkan bagi menerima anugerah Sekolah Kluster. Program ini diharap dapat melahirkan murid-murid yang memiliki pengetahuan dan pengalaman di dalam melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah serta dapat membina kekuatan dan ketahanan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial di samping berketrampilan serta mempunyai daya saing yang tinggi  dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan. Program ini juga diharap mampu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Daerah Johor Bahru dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang. Murid-murid yang terpilih mengikuti program ini akan menjalani kehidupan selama 3 hari bersama keluarga angkat masing-masing dan juga menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah yang terpilih iaitu SK Kuala Kurau Baru dan SK Parit Haji Wahab.
 






















 
 
 
 



16 May 2013

Sambutan Hari Guru ( Happy Teacher's Day!!)

 
 
Pada 16 Mei 2013, SK Saint Joseph telah mengadakan sambutan Hari Guru bagi meraikan guru-guru  di sekolah ini. Berbagai aktiviti dan persembahan telah dijalankan sama ada guru atau murid. Pada hari ini, guru-guru berkesempatan menunjukkan bakat masing-masing dalam persembahan dan juga pertandingan yang dipertandingkan.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

SK ST JOSEPH, JOHOR BAHRU Template by Ipietoon Cute Blog Design