NOTIS BOARD

15 Mar 2013

Sambutan Maulidur Rasul Dan Aktiviti Panitia Pendidikan Moral

Pada 15 Mac 2013, SK ST. JOSEPH telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Aktiviti anjuran panitia Pendidikan Moral. Kedua-dua aktiviti di jalankan secara serentak bagi mengambil kira penglibatan semua pelajar tidak kira agama.







































13 Mar 2013

Latihan Kebakaran

Pada 13 Mac 2013, SK St. Joseph telah mengadakan satu latihan kebakaran yang dikendalikan oleh pegawai Bomba daerah Johor Bahru. Tujuan latihan kebakaran ini adalah bagi memastikan para guru dan pelajar mengetahui tatacara yang perlu dilakukan semasa berlaku kebakaran dan laluan kecemasan semasa kebakaran. Para guru dan pelajar juga diajar dengan pertunjukan demonstrasi pemadaman api sekiranya berlaku kebakaran.











6 Mar 2013

Kejohanan Olahraga Zon Bandar

Pada 6 & 9 Mac 2013, Pasukan Olahraga SK St. Joseph telah menyertai kejohanan Olaharaga padang dan balapan peringkat Zon Bandar. Berikut merupakan kejayaan yang telah diperolehi oleh sekolah kami.

Kejayaan Pelajar

Pingat Gangsa : Lompat Tinggi L12 
(Yaashwin Nair)
Pingat Gangsa : 200 Meter L12 
(Muhammad Amin B. Md Saad)
Pingat Emas dan Pingat Perak : 80 Meter Lari Berpagar
 (Muhammad Danial B. Hairul Nizam dan Darven A/L S.Madhavan )

Tahniah Diucapkan kepada para pemenang!

Tiga orang atlet sekolah ini telah terpilih untuk menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Johor Bahru yang akan berlangsung pada 9 April 2013.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

SK ST JOSEPH, JOHOR BAHRU Template by Ipietoon Cute Blog Design