NOTIS BOARD

13 Nov 2014

PROGRAM PENYAYANG

PROGRAM PENYAYANG


Anda tahu apa itu Program Guru Penyayang? Adakah sekolah anak anda menyambut program Guru Penyayang ini?

Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.  Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.

Program ini bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.





Semoga dengan adanya program ini murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

9 Nov 2014

KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU


Panitia Kajian Tempatan telah menghantar wakil murid ke Pertandingan Poster sempena Karnival Kajian Tempatan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Johor Bahru yang diadakan di SK Taman Perling 3. SK Saint Joseph diwakili oleh seorang murid serta seorang guru pengiring. Murid tersebut ialah :

Sharvin A/L Jayachandran (4 Kuning) (Pertandingan Poster)


Adik Sharvin telah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 20 peserta. Tahniah diucapkan kepada beliau!!!




Hasil lukisan poster adik Sharvin.





Majlis Penyampaian Hadiah oleh Pengerusi Kajian Tempatan Daerah Johor Bahru





Adik Sharvin bersama guru pengiring, En,Mohamad Azraf




Penyampaian Hadiah Oleh Puan Loke Kwai May, Guru Besar SK Saint Joseph semasa Perhimpunan Mingguan (9 November 2014)

9 Sept 2013

Upcoming Event "Entrepreneur Day" SK ST. JOSEPH!!




Calling all ex St.Josephians to

support the coming St. Joseph's

 'Entrepreneur Day' ( Hari Usahawan) to

 raise funds for equiping the 'smart

classrooms' of the school. 

Mark your diary!

Date: Sat. 26 Oct,2013, 

Time: 8.00am- 2pm , 

Venue : St Joseph's open hall.

Coupons will be available for sale after

 mid Sept. Pl tel the headmistress Mdm

 Ng 07-223 9967 or 07-224 5668. 

See u all there!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

SK ST JOSEPH, JOHOR BAHRU Template by Ipietoon Cute Blog Design