NOTIS BOARD

19 Nov 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN, TAHUN 6 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN, TAHUN 6
2014

Tempat
Double Hilton Hotel, Johor Bahru
Tarikh
18 November 2014
Jam
11.30 pagi

Tujuan:
Jamuan ini ialah jamuan perpisahan antara murid-murid Tahun 6 dan guru-guru SK Saint Joseph,  yang akan tamat pengajian di sekolah rendah pada 20 November 2014. Semua guru berharap agar segala pengetahuan dan ilmu yang diperolehi sepanjang mereka berada di sekolah ini dapat digunakan sehingga ke akhir hayat. 


Ucapan Guru Besar, Pn Loke Kwai May

Ucapan daripada wakil murid Tahun 6

Antara guru-guru SK Saint Joseph yang hadir:






Wajah ceria murid-murid Tahun 6





















Apa yang menarik untuk jamuan akhir tahun bagi Tahun 6 kali ini ialah makanan dan tempat. Murid bebas memilih makanan mengikut citarasa mereka.











Sekian, Terima Kasih!!





13 Nov 2014

PROGRAM PENYAYANG

PROGRAM PENYAYANG


Anda tahu apa itu Program Guru Penyayang? Adakah sekolah anak anda menyambut program Guru Penyayang ini?

Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.  Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.

Program ini bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.





Semoga dengan adanya program ini murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

9 Nov 2014

KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU


Panitia Kajian Tempatan telah menghantar wakil murid ke Pertandingan Poster sempena Karnival Kajian Tempatan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Johor Bahru yang diadakan di SK Taman Perling 3. SK Saint Joseph diwakili oleh seorang murid serta seorang guru pengiring. Murid tersebut ialah :

Sharvin A/L Jayachandran (4 Kuning) (Pertandingan Poster)


Adik Sharvin telah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 20 peserta. Tahniah diucapkan kepada beliau!!!




Hasil lukisan poster adik Sharvin.





Majlis Penyampaian Hadiah oleh Pengerusi Kajian Tempatan Daerah Johor Bahru





Adik Sharvin bersama guru pengiring, En,Mohamad Azraf




Penyampaian Hadiah Oleh Puan Loke Kwai May, Guru Besar SK Saint Joseph semasa Perhimpunan Mingguan (9 November 2014)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

SK ST JOSEPH, JOHOR BAHRU Template by Ipietoon Cute Blog Design