NOTIS BOARD

12 Jul 2012

Majlis Pelancaran Bulan Membaca

MAJLIS PELANCARAN BULAN MEMBACA

Tarikh : 12 Julai 2012
Tempat : Astaka A, SK St. Joseph
Masa : 8.00 a.m

Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan mulai tahun 2001 yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan membaca dalam menimba ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Usaha ini perlu dijalankan dan dipertingkatkan berterusan agar dapat dibudayakan tabiat membaca dan mengejar ilmu sebagai teras masyarakat bermaklumat dan sebagai prasyarat negara maju
Pembacaan adalah santapan kepada minda, seperti mana makanan yang berkhasiat boleh membina badan yang sihat, pembacaan bahan-bahan yang bermutu juga akan membina minda yang cergas. Minda yang terbuka pasti dapat menyumbang ke arah kebaikan dan kesempurnaan. Melalui amalan pembacaan yang jitu, ia dapat memelihara akhlak dan jiwa manusia ke arah hidup yang sejahtera dan murni.
Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar . Program ini bertujuan untuk menanam serta menyemai sikap suka membaca di kalangan warga SKSTJ khususnya pelajar-pelajar. Program ini juga bertujuan untuk menjadikan pelajar SKSTJ sebagai pelajar berilmu.
2.0 MATLAMAT
            Program ini seharusnya dapat membantu melahirkan individu yang berilmu, bijak berfikir serta sedar tentang pentingnya membaca untuk masa depan mereka.
3.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :
1. Membudayakan sikap suka membaca di kalangan warga SKSTJ khususnya pelajar-pelajar.
2. Memberi peluang kepada warga SKSTJ menggunakan Pusat Sumber Sekolah semaksimum untuk tujuan membaca dan membuat rujukan.
3. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi mencapai tahap kecemerlangan diri.
4. Menjadi contoh serta teladan kepada pelajar lain.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

SK ST JOSEPH, JOHOR BAHRU Template by Ipietoon Cute Blog Design