NOTIS BOARD

9 Sept 2013

Upcoming Event "Entrepreneur Day" SK ST. JOSEPH!!




Calling all ex St.Josephians to

support the coming St. Joseph's

 'Entrepreneur Day' ( Hari Usahawan) to

 raise funds for equiping the 'smart

classrooms' of the school. 

Mark your diary!

Date: Sat. 26 Oct,2013, 

Time: 8.00am- 2pm , 

Venue : St Joseph's open hall.

Coupons will be available for sale after

 mid Sept. Pl tel the headmistress Mdm

 Ng 07-223 9967 or 07-224 5668. 

See u all there!!!

14 Jul 2013

Perasmian Tandas Murid Oleh SK ST JOSEPH OLD BOYS


Alumni SK ST Joseph yang terdiri daripada ex-student sekolah ini telah memberi sumbangan kepada sekolah dengan penambahbaikan infrastruktur tandas murid. Pada 14 Julai 2013, seramai 7 orang daripada ex-student yang telah memberi sumbangan ini telah hadir ke sekolah untuk merasmikan tandas murid.
 
 















8 Jul 2013

Majlis Perasmian Bulan Membaca

 
Pada 8 Julai 2013, satu majlis bagi merasmikan Bulan Membaca telah dijalankan di sekolah ini. Kempen Bulan Membaca ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi murid menanamkan minat gemar membaca disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
 




 


26 Jun 2013

Hari Terbuka 2013


 
Pada 26 Jun 2013, SK Saint Joseph telah mengadakan Hari Terbuka bagi membolehkan para ibu bapa berkunjung ke sekolah untuk berbincang dengan guru kelas  tentang prestasi semasa anak mereka. Pelbagai gerai dan jualan diadakan untuk menarik pengunjung semasa hari ini.
 





















 


16 Jun 2013

Program Immersion

 
Pada 16 - 19 Jun 2013, tiga orang murid SK St Joseph telah terpilih untuk mengikuti Program Immersion anjuran PPD Johor Bahru dan PPD Kerian. Program Immersion ini melibatkan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru yang berada pada tahap Band 1 yang berpotensi untuk dicalonkan bagi menerima anugerah Sekolah Kluster. Program ini diharap dapat melahirkan murid-murid yang memiliki pengetahuan dan pengalaman di dalam melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah serta dapat membina kekuatan dan ketahanan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial di samping berketrampilan serta mempunyai daya saing yang tinggi  dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan. Program ini juga diharap mampu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Daerah Johor Bahru dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang. Murid-murid yang terpilih mengikuti program ini akan menjalani kehidupan selama 3 hari bersama keluarga angkat masing-masing dan juga menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah yang terpilih iaitu SK Kuala Kurau Baru dan SK Parit Haji Wahab.
 






















 
 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

SK ST JOSEPH, JOHOR BAHRU Template by Ipietoon Cute Blog Design