Pada 16 - 19 Jun 2013, tiga orang murid SK St Joseph telah terpilih untuk mengikuti Program Immersion anjuran PPD Johor Bahru dan PPD Kerian. Program
Immersion ini melibatkan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor
Bahru yang berada pada tahap Band 1 yang berpotensi untuk dicalonkan bagi
menerima anugerah Sekolah Kluster. Program ini diharap dapat melahirkan
murid-murid yang memiliki pengetahuan dan pengalaman di dalam melaksanakan
aktiviti di luar bilik darjah serta dapat membina kekuatan dan ketahanan diri
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial di samping berketrampilan
serta mempunyai daya saing yang tinggi
dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan. Program ini juga
diharap mampu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Daerah Johor Bahru dalam
merealisasikan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang. Murid-murid yang terpilih mengikuti program ini akan menjalani kehidupan selama 3 hari bersama keluarga angkat masing-masing dan juga menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah yang terpilih iaitu SK Kuala Kurau Baru dan SK Parit Haji Wahab.