NOTIS BOARD

20 Nov 2014

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT


1. KONSEP

a) Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau ‘Explore Race’. 

b) Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. 

c) Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

2. OBJEKTIF

a) Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.

b)  Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan satu rutin sebagai asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.

c)   Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran.

d)  Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.

3. JEJAK MAKLUMAT DI SK SAINT JOSEPH

-   Aktiviti Jejak Maklumat telah dijalankan di SK Saint Joseph pada 12 November 2014 di sekitar        kawasan sekolah. Aktiviti Jejak Maklumat ini hanya melibatkan murid Tahun 6 sahaja.

-    Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Noliza selaku Guru Perpustakaan dan Media dan dibantu oleh Encik Mohamad Azraf. 

-    Pemenang bagi Pertandingan Jejak Maklumat ini ialah Ashley,Jessie,Amir Kabir dan Lyzimi dari 6 Hijau.

-    Aktiviti ini dijalankan dengan jayanya.



Para peserta mendengar taklimat daripada Penyelaras Pertandingan Jejak Maklumat iaitu Puan Norliza, GPM SK Saint Joseph



Memasukkan Bola Ping Pong ke Dalam Cawan adalah antara cabaran yang perlu dilalui oleh peserta sebelum diberikan Soalan Segmen.



Puzzle juga antara cabaran yang perlu diharungi peserta.




Aktiviti Memasukkan Pensel ke Dalam Cawan.




Peserta didenda 10 minit kerana jawapan yang diberi untuk soalan segmen tidak tepat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

SK ST JOSEPH, JOHOR BAHRU Template by Ipietoon Cute Blog Design