SELAMAT BERCUTI WARGA SK SAINT JOSEPH
NOTIS BOARD
4 Dec 2014
20 Nov 2014
PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
1. KONSEP
a) Program Jejak
Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau
‘Explore Race’.
b) Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar
minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah
ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan.
c) Pertandingan ini turut menguji ketahanan
mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama
dalam kumpulan.
2. OBJEKTIF
a) Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid
dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat
Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.
b) Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan
serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan satu rutin sebagai asas amalan
pembelajaran sepanjang hayat.
c) Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan
perpustakaan dalam proses pembelajaran.
d) Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong
keseronokan menerokai dunia ilmu.
3. JEJAK MAKLUMAT DI SK SAINT JOSEPH
- Aktiviti Jejak Maklumat telah dijalankan di SK Saint Joseph pada 12 November 2014 di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti Jejak Maklumat ini hanya melibatkan murid Tahun 6 sahaja.
- Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Noliza selaku Guru Perpustakaan dan Media dan dibantu oleh Encik Mohamad Azraf.
- Pemenang bagi Pertandingan Jejak Maklumat ini ialah Ashley,Jessie,Amir Kabir dan Lyzimi dari 6 Hijau.
- Aktiviti ini dijalankan dengan jayanya.
Para peserta mendengar taklimat daripada Penyelaras Pertandingan Jejak Maklumat iaitu Puan Norliza, GPM SK Saint Joseph
Memasukkan Bola Ping Pong ke Dalam Cawan adalah antara cabaran yang perlu dilalui oleh peserta sebelum diberikan Soalan Segmen.
Puzzle juga antara cabaran yang perlu diharungi peserta.
Aktiviti Memasukkan Pensel ke Dalam Cawan.
Peserta didenda 10 minit kerana jawapan yang diberi untuk soalan segmen tidak tepat.
Labels:
Kurikulum
19 Nov 2014
JAMUAN AKHIR TAHUN, TAHUN 6 2014
JAMUAN AKHIR TAHUN, TAHUN 6
2014
Tempat :
Double Hilton Hotel, Johor Bahru
Tarikh :
18 November 2014
Jam :
11.30 pagi
Tujuan:
Jamuan ini ialah jamuan perpisahan antara murid-murid Tahun 6 dan guru-guru SK Saint Joseph, yang akan tamat pengajian di sekolah rendah pada 20 November 2014. Semua guru berharap agar segala pengetahuan dan ilmu yang diperolehi sepanjang mereka berada di sekolah ini dapat digunakan sehingga ke akhir hayat.
Ucapan Guru Besar, Pn Loke Kwai May
Ucapan daripada wakil murid Tahun 6
Antara guru-guru SK Saint Joseph yang hadir:
Wajah ceria murid-murid Tahun 6
Apa yang menarik untuk jamuan akhir tahun bagi Tahun 6 kali ini ialah makanan dan tempat. Murid bebas memilih makanan mengikut citarasa mereka.
Sekian, Terima Kasih!!
Labels:
School Activities
Subscribe to:
Posts (Atom)









































